Wednesday 11 September 2013

Maafkan mama sayang :'(

Kali nie Jasmin nak luahkan yang selama terbuku di hati....
rasa bersalah sangat-sangat tau....

Firas, mama tak mampu nak telan sorang-sorang...
Air mata nie laju jer mengalir macam air terjun...

Sejak mama disahkan mengandung lagi, 
Firas dah macam terabai ckit...
eh..bukan ckit ok..banyak!!!

Lagi-lagi bila mama mula mengalami morning sickness yang terlalu teruk...
sampaikan mama takde kekuatan untuk bangun dan siapkan makanan seperti selalu.
Asal mama nak bangun jer muntah...
Asal mama nak baring nak tido pon leh  muntah...
Firas pulak terpaksa mama soh mak tok n tok ayah jagakan...
Mama hanya mampu susukan Firas sahaja....
Itupon Firas datang cari mama nak 'TEK!!'

Mama dah tak mampu nak buatkan solid food untuk Firas...
Dulu "YES!!" mama avoid NO SUGAR NO SALT...
Tapi sekarang, Firas makan apa yang mama makan, 
Alhamdulillah, Firas tak pernah complain melainkan makanan tue manis atau masin barulah Firas taknak makan.
Firas juga sudah boleh makan makanan pedas...
Mula-mula mama takut sangat kalau malam-malam Firas sakit perut atau muntah-muntah..
Tetapi...Alhamdulillah again...
Firas menerimanya....

Selalunya apabila duk rumah Firas sudah terbiasa CLOTH Diapers...
Bila mama tak larat, mama terpaksa pakaikan Firas DD..
Firas meronta-ronta taknak pakai DD....
Firas cakap "akit ma..akit ma..."
sampaikan Firas amik CD die dalam almari..tunjuk-tunjuk nak pakai CD...
Bila mama tunjuk DD, cepat-cepat Firas geleng kepala
Hua......maafkan mama sekali lagi Firas...
mama tak mampu nak pakaikan Firas CD....
mama takde kekuatan nak basuh CD Firas....
Maafkan mama sayang....

Firas sekarang sudah semakin bijak....
Bila mama masuk bilik air..mesti Firas nak ikut...
Pastue bila mama nak mandikan Firas atau nak nak basuh montot Firas, mama akan muntah, 
Firas pon berlakon buat-buat muntah juga....
Mama tengah sakit boleh tersenyum tengok Firas.
Firas anak yang baik..bila mama sakit Firas tak buat aksi yang memeningkan kepala mama..
Thanks sayang....sayang mama kat Firas ketat-ketat..

Selalunya..setiap petang, mama akan bawa Firas kuar jalan-jalan keliling rumah..
main kete kat luar, kejar kucung ker atau jalan-jalan berdua dengan mama....
Sekarang, setiap petang Firas mintak kuar mama terpaksa menolak...
Ya Allah.....sedih dan pilunye hati nie....
Kalau ada tok ayah die...Tok ayah akan amik bawa Firas round-round naik motor..
Maafkan mama Firas...maafkan mama.....

Ya Allah, engkau berikan kekuatan untuk aku membesarkan anak supaya menjadi anak yang soleh, anak yang taat kepada perintahMu, anak yang patuh kepada kedua ibu bapanya dan juga anak yang cerdik dan sihat fizikalnya....
Ya Allah, engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.. Ameen..

7 comments:

  1. firas pandai.. insyaallah.. nanti dia fhm.

    ReplyDelete
  2. alooo! sedihnya dengar :'(
    arap firas membesar menjadi abg yg bertanggungjwb n memahami, amin~

    ReplyDelete
  3. jasmin jgn sedih2 ya.. firas budak bijak :)

    ReplyDelete
  4. Its okay. Firas faham tu mama. He's soon to be abg long. Mama kena kuat!

    ~Ibu Hafiy

    ReplyDelete
  5. Sedihnya sis..xpe dugaan tu utk sis..dan sis kena ingat yg firas berkorban utk sis tuh...semoga trs kuat!!

    ReplyDelete
  6. sedihnyaaa baca.. sib bek xde alahan sepanjang peknen kedua ni so still boleh layan aisya macam selalu.. huhu.. xpe.. insyaALLAH firas akan faham.. :)

    ReplyDelete
  7. samala kita, rasa bsalah pada anak yg baru nak bmanja (tak puas manja lagi) bila dah kompom tmengandung lagi...sob3

    ReplyDelete