Wednesday 23 January 2013

Urine Pregnancy Test (UPT) dan Ovulation test kits (OTK)

Ovulation test kits (OTK) atau Ovulation predictor kits (OPK)

nampak mcm pregnancy test aja kan?

tapi benda ni bukan pregnancy test, ni Ovulation Strips. Benda ni digunakan untuk menentukan waktu subur seorang wanita.

Ovolation strips ni digunakan untuk mengesan luteinizing hormone (LH). Hormone ni paling tinggi dapat dikesan masa waktu subur.

cara guna : sama aja ngan pregnancy test strip, rujuk gambar di bawah :
------------------------------------------------------------------------


cara melakukan ujian :
------------------ 

1. Untuk melakukan ujian keluarkan strip daripada foil. Nota penting : Waktu yang sesuai tengah hari-menjelang malam (berbeza dengan UPT waktu yang sesuai adalah pagi dan first time membuang air kecil)
2. Celupkan strip ke dalam sample air kencing selama 5 saat. Jangan melebihi max line, jika tidah ujian tidak sah.

3. Pastikan strip dalam keadaan menegak, selepas 5 saat, angkat dan baringkan strip di atas tempat yang kering dan bersih.

4. Tunggu garisan berwarna untuk muncul. Bergantung kepada kepekatan LH dalam specimen ujian, hasil yang positif boleh diperolehi sepantas 40 saat. Walaubagaimanapon, untuk mengesahkan keputusan negatif, masa tindak balas yang lengkap 10 minit diperlukan.

cara baca result :
------------------
Dalam masa 3 hingga 5 minit, 2 garisan warna akan muncul, jangan membaca keputusan setelah lebih dari 10 minit!

Untuk menentukan keputusan anda, bandingkan keamatan warna, terang atau gelap warna garisan, jalur ujian untuk test line.

1. POSITIF
Jika jalur ujian adalah sama warna atau lebih gelap daripada jalur kawalan.

2. NEGATIF
Jika jalur lebih terang (light) dari jalur kawasan atau tidak dapat dilihat (1line sahaja).

3. KEPUTUSAN TIDAK SAH
Jika tiada jalur kawasan muncul dalam tempoh 10 minit, keputusan adalah tidak sah dan harus di abaikan. Jalur keputusan tidak akan muncul jika jumlah specimen yang tidak mencukupi di tambah ke dalam ujian. Procedur yang betul mungkin tidak diikuti dalam melaksanakan ujian, Ulangi dengan kit ujian yang baru.


ok...klu 1 line aja maknanya kita x subur time tu @ dah terlepas time subur..klu dapat yg kanan tu, double line, cepat2 ajak en husband honeymoon..hihi..

harga benda ni for single strip lebih kurang RM10+ yang paling murah. Kalau brand clearblue pulak yang single strip RM20+ & yang 5 ke 4 strip RM90+. Kalau brand watson lak harganya bleh kira murah la RM45.90 untuk 5 strip.

Bila nak test and brapa strips perlu ada??
------------------------------------------

klu cycle kita cantik, let say 28 days, cuba la test pada cycle day 8, 10, 12, 14.
klu cycle ting tong, try pada cycle day 18 selepas period.

Cuba lihat carta di atas, tgk pada suhu badan..apabila suhu badan kita meningkat secara tiba2 (*tetapi tidak lah terlalu panas) maknanya, time tu kita subur...


Gambar yang bawah nie pula adalah Urine Pregnancy Strip (UPT)..cara guna pon same macam kita guna yang jenama lain tue...so tengok gambar kat bawah nie k.




Cara melakukan ujian:
----------------------------

1: Celupkan Urine pregnancy strip ke dalam bekas yang telah di isi dengan urine. Pastikan JANGAN melebihi kawasan MAX.

2. Tunggu sehingga 30 saat dan anda akan dapat hasil nye sama ada 1 line atau 2 line...
Kalau 2 line CONGRATS korang!!!!

Pastikan Ujian yang dilakukan adalah waktu pagi dan first time membuang air kecik ye..

0 comments:

Post a Comment